Wednesday, 23 November 2011

SAHABAT

~ jika kau berbakti kepadanya , dia akan melindungi kamu .
~ jika kau rapatkan persahabatan dengannya , dia akan membalas balik persahabatan kamu .
~ jika kau memerlukan pertolongan daripadanya , dia akan membantu kamu .
~ jika kau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya , dia akan menerimanya dengan baik .
~ jika dia mendapat sesuatu bantuan daripada kamu , dia akan menghargai .
~ jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu , dia akan menutupnya .
~ jika kau meminta bantuan daripadanya , dia akan mengusahakannya .
~ jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu , dia akan meringankan kesusahan kamu .
~ jika kau merancangkan sesuatu , nescaya dia akan membantu kamu .
~ jika kamu berdua berselisih faham , nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan .
~ dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat .
~ dia mendorong kamu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat .

No comments:

Post a Comment